Carian Terkini
Kod MASCO
2422
Bandingkan
Profesional Pentadbiran Dasar
Profesional Pentadbiran Dasar merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 3,245
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
merumuskan dan menganalisis pilihan dasar, menyediakan kertas taklimat dan saranan untuk perubahan dasar, dan memberi nasihat tentang pilihan yang diutamakan
mengendalikan penaksiran ancaman dan risiko, dan membuat tindakan
berhubung dan merujuk kepada pentadbir program dan pihak lain yang berminat untuk mengenal pasti keperluan dasar
menyemak dasar dan peraturan sedia ada untuk mengenal pasti sebarang peruntukan yang tidak wajar dan tidak sesuai
menyemak operasi dan program untuk memastikan dasar organisasi yang konsisten
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelidik trend sosial, ekonomi dan industri, dan jangkaan pelanggan bagi program dan perkhidmatan yang disediakan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan