Carian Terkini
Kod MASCO
2422-02
Bandingkan
Juruanalisis Dasar
Juruanalisis Dasar merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Nama Alternatif
Pegawai Dasar
Eksekutif Dasar
Pegawai Perisikan
Tugasan
Menjalankan tugas yang berkaitan
menyemak dasar dan peraturan sedia ada untuk mengenal pasti sebarang peruntukan yang tidak wajar dan tidak sesuai
berhubung dan merujuk kepada pentadbir program dan pihak lain yang berminat untuk mengenal pasti keperluan dasar
menyelidik trend sosial, ekonomi dan industri, dan jangkaan pelanggan bagi program dan perkhidmatan yang disediakan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
merumuskan dan menganalisis pilihan dasar, menyediakan kertas taklimat dan saranan untuk perubahan dasar, dan memberi nasihat tentang pilihan yang diutamakan
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • 0312
    Dasar Awam dan Sains Politik
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analitik
kebolehan untuk meleraikan maklumat ke kategori yang lebih kecil untuk membuat kesimpulan.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan