Carian Terkini
Kod MASCO
4121
Perbandingan
Setiausaha (Am)
TVET
Setiausaha (Am) menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau kelengkapan pemprosesan data yang lain untuk menyalin surat-menyurat dan dokumen lain, menyemak dan memformat dokumen yang disediakan oleh kakitangan lain, menguruskan mel masuk dan keluar, menapis permintaan mesyuarat atau janji temu, dan melaksanakan pelbagai tugas sokongan pentadbiran.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,240
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengendalikan surat keluar atau masuk
mengendalikan surat-menyurat rutin
menyemak dan merekodkan cuti dan kelayakan kakitangan yang lain
mengatur dan menyelia sistem fail
meneliti, merekod dan mengedarkan mel, surat-menyurat dan dokumen
menyemak permintaan untuk mesyuarat atau janji temu, dan membantu mengelolakan mesyuarat
menjalankan tugas yang berkaitan
mentrengkas, menaip dan menguruskan pergerakan fail
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menggunakan pelbagai pakej perisian komputer termasuk lembaran sebaran sebagai sokongan
menyemak, memformat dan menyalin surat-menyurat, minit dan laporan daripada catatan ringkas atau draf bertulis mengikut standard pejabat dengan menggunakan mesin taip atau kelengkapan pemprosesan kata