Carian Terkini
Kod MASCO
3344-09
Perbandingan
Ahli Transkripsi Perubatan
Ahli Transkripsi Perubatan mendengar rakaman suara yang dihasilkan oleh doktor dan pekerja penjagaan kesihatan lain, kemudian mengubahnya menjadi laporan bertulis. Mereka juga menyemak dan mengemaskini dokumen perubatan yang dibuat menggunakan teknologi pengecaman pertuturan untuk ketepatan dalam merekodkan maklumat.
Nama Alternatif
Tugasan
menyusun, merekod dan menyemak carta, laporan, dokumen, dan surat-menyurat perubatan
menemu duga pesakit untuk melengkapkan borang, dokumen, dan sejarah kes
merangka kontrak dan membeli atau mengambil pesanan
menyelia kerja kerani pejabat.
melengkapkan borang tuntutan insurans dan tuntutan lain
menyusun jadual dan mengesahkan janji temu perubatan dan menyampaikan pesanan kepada kakitangan perubatan dan pesakit
menyediakan penyata kewangan dan prosedur pengebilan
membantu menyediakan bajet, menyediakan penyata kewangan dan prosedur pengebilan
menyelenggara fail dan rekod perubatan serta perpustakaan teknikal
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • C
    Pembuatan
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0913
    Kejururawatan, Perbidanan dan Pembantu Perubatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kejururawatan
kemahiran memberi rawatan asas pesakit, melaksanakan tugas seperti memberi makan, mandi, pakaian, atau memindahkan pesakit, atau menukar linen.
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Excel
kemahiran menggunakan perisian spreadsheets untuk mengatur nombor dan data dengan formula dan fungsi.
Pengurusan portfolio
kemahiran membuat keputusan mengenai polisi pelaburan, memadankan pelaburan dengan objektif, peruntukan aset untuk individu dan institusi dan menyeimbangkan risiko terhadap prestasi.
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Center Image