- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan Dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
334
Profesional Bersekutu Pentadbiran Dan Terkhusus
Kumpulan Unit
3342
Setiausaha Perundangan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3342
Perbandingan
Setiausaha Perundangan
Setiausaha Perundangan menggunakan pengetahuan khusus mengenai terma perundangan dan peraturan dalam menyokong profesional undang-undang dalam aktiviti komunikasi, dokumentasi, dan penyelarasan pengurusan di pejabat dan jabatan undang-undang sama ada di firma besar atau pejabat kerajaan.

Nama Alternatif
Tugasan
menyediakan dan memproses dokumen dan kertas undang-undang, seperti surat ikatan, wasiat,
afidavit, dan arahan
melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah
menyemak dan membaca pruf dokumen dan surat-menyurat untuk memastikan pematuhan prosedur undang-undang
menguruskan dan menjaga dokumen, fail kes, dan perpustakaan undang-undang
membantu menyediakan bajet, memantau perbelanjaan, menggubal kontrak, dan membeli atau mengambil pesanan
menyaring permintaan untuk mesyuarat serta menyusun dan menguruskan jadual mesyuarat
menyediakan laporan verbatim bagi prosiding dalam perhimpunan perundangan, mahkamah undang-undang atau tempat lain dengan trengkas atau dengan kaedah lain
menguruskan mel, menghantar faksimili, atau mengatur penghantaran surat-menyurat undang- undang kepada pelanggan, saksi dan pegawai mahkamah
membantu ketua unit dan kakitangan lain berhubung dengan pertanyaan pentadbiran atau ciri organisasi
dan
menyelia kerja kerani pejabat.
Kursus Yang Berkaitan