Carian Terkini
Kod MASCO
3342-01
Perbandingan
Setiausaha Perundangan
Setiausaha Perundangan menggunakan pengetahuan khusus mengenai terma perundangan dan peraturan dalam menyokong profesional undang-undang dalam aktiviti komunikasi dan penyelarasan pengurusan di pejabat dan jabatan undang-undang sama ada di firma besar atau pejabat kerajaan.
Nama Alternatif
Tugasan
menguruskan mel, menghantar faksimili, atau mengatur penghantaran surat-menyurat undang-undang kepada pelanggan, saksi dan pegawai mahkamah
melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah
menyediakan dan memproses dokumen dan kertas undang-undang, seperti surat ikatan, wasiat, afidavit, dan arahan
menyemak dan membaca pruf dokumen dan surat-menyurat untuk memastikan pematuhan prosedur undang-undang
menyediakan laporan verbatim bagi prosiding dalam perhimpunan perundangan, mahkamah undang-undang atau tempat lain dengan trengkas atau dengan kaedah lain
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Center Image