Carian Terkini
Kod MASCO
3257-48
Perbandingan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
STEM
GREEn
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.
Nama Alternatif
Tugasan
Menyelia dan menghantar laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan
Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan awam
Menyiasat dan menyediakan laporan semua kes penyakit berjangkit Memantau kebersihan persekitaran
Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan awam seperti ceramah kepada Badan Sukarela Institusi Kerajaan dan Swasta
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 1021
    Sanitasi Komuniti
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis punca masalah
kemahiran dalam menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk mengenal pasti punca kerosakan atau masalah.
Pengurusan Data
kemahiran dalam semua disiplin yang berkaitan dengan menguruskan data sebagai sumber yang berharga.
Center Image