Carian Terkini
Kod MASCO
3258
Perbandingan
Pembantu Ambulans
Pembantu Ambulans menyediakan penjagaan kesihatan kecemasan kepada pesakit yang cedera, sakit dan lemah dari segi fizikal atau mental yang terjejas sebelum dan semasa pengangkutan ke pusat perubatan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,105
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menilai tahap kesihatan mereka yang terlibat dalam kemalangan, bencana alam dan situasi kecemasan yang lain, dan menentukan keperluan untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera
memberi penjagaan dan rawatan yang sesuai bagi menyelamatkan nyawa pesakit, mencegah keadaan pesakit daripada bertambah buruk dan membantu memulihkan pesakit
melaksanakan prosedur perubatan dan pemberian ubat-ubatan dan terapi lain mengikut prosedur rawatan perubatan kecemasan, termasuk resuscitating dan defibrillating kepada pesakit dan mengendalikan peralatan sokongan hidup
menjalankan tugas yang berkaitan
memantau perubahan tahap kesihatan pesakit semasa pengangkutan dari pusat perubatan, pusat pemulihan dan lain-lain pusat penjagaan kesihatan