- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial Dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
283
Pengarang, Wartawan, Dan Ahli Linguistik
Kumpulan Unit
2833
Penterjemah, Jurubahasa, Dan Ahli Linguistik Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2833-08
Perbandingan
Perancang Bahasa Gred S41
Perancang Bahasa Gred S41 bertanggungjawab mendapatkan pengetahuan dan kemahiran tentang perancangan projek khususnya projek penerbitan yang merangkumi aspek penulisan, penterjemahan, penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, proses kerja pra penerbitan, pracetak dan pemasaran buku. Mereka bertanggungjawab menilai dan membuat laporan penilaian manuskrip untuk Jawatankuasa Penerbitan.

Nama Alternatif
Penulis Bahasa
Tugasan
mengkaji perhubungan antara bahasa induk lama dengan kumpulan bahasa moden, menjejak asal usul dan evolusi perkataan, tatabahasa dan bentuk bahasa serta mengemukakan penemuannya
menterjemah daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dan memastikan makna yang betul dalam bahasa asal dikekalkan, teks undang-undang, kerja teknikal atau saintifik diterjemahkan dengan betul serta ungkapan dan istilah karya asal disampaikan dengan setepat yang mungkin sambil mengekalkan gaya karya asal tersebut
memberi nasihat atau menyediakan sistem pengelasan bahasa, tatabahasa, kamus dan yang seumpamanya
mentafsirkan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, terutamanya dalam persidangan, mesyuarat, dan acara yang seumpamanya, dan memastikan makna yang disampaikan adalah betul, dan menyampaikan sedapat yang mungkin bahasa asal yang diucapkan
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
-
MAktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
-
JMaklumat Dan Komunikasi
-
0232Kesusasteraan dan Linguistik
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.

Kursus Yang Berkaitan