- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial Dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
283
Pengarang, Wartawan, Dan Ahli Linguistik
Kumpulan Unit
2833
Penterjemah, Jurubahasa, Dan Ahli Linguistik Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2833
Perbandingan
Penterjemah, Jurubahasa, Dan Ahli Linguistik Lain
Penterjemah, Jurubahasa, dan Ahli Linguistik Lain menterjemah atau mentafsir secara bertulis atau lisan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain serta mengkaji asal usul, perkembangan, dan struktur bahasa.

Nama Alternatif
Tugasan
menterjemah daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dan memastikan makna yang betul dalam bahasa asal dikekalkan, teks undang-undang, kerja teknikal atau saintifik diterjemahkan dengan betul serta ungkapan dan istilah karya asal disampaikan dengan setepat yang mungkin sambil mengekalkan gaya karya asal tersebut
mengkaji perhubungan antara bahasa induk lama dengan kumpulan bahasa moden, menjejak asal usul dan evolusi perkataan, tatabahasa dan bentuk bahasa serta mengemukakan penemuannya
memberi nasihat atau menyediakan sistem pengelasan bahasa, tatabahasa, kamus dan yang
seumpamanya
menjalankan tugas yang berkaitan
mentafsirkan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, terutamanya dalam persidangan, mesyuarat, dan acara yang seumpamanya, dan memastikan makna yang disampaikan adalah betul, dan menyampaikan sedapat yang mungkin bahasa asal yang diucapkan
membuat terjemahan serentak semasa mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, dan menyunting
soalan-soalan Dewan Negara
bertanggungjawab mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembangunan dan
pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
boleh mengkhusus dalam sekurang-kurangnya dua bahasa atau lebih
Kursus Yang Berkaitan