Carian Terkini
Kod MASCO
2824
Perbandingan
Ahli Psikologi
Ahli Psikologi menyelidik dan mengkaji proses mental dan tingkah laku manusia, dan menggunakan pengetahuan berkenaan untuk meningkatkan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan, atau penyesuaian pekerjaan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,240
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
memberi nasihat, merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal, dan sifat lain seperti kecerdasan, kebolehan, bakat, potensi dan sebagainya, serta mentafsir dan menilai keputusan
merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/ kaunseling kepada klien
menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan, dan faktor lain ke atas pemikiran dan tingkah laku individu
mengadakan sesi kaunseling atau rawatan terapeutik dan memberi perkhidmatan susulan
mengekalkan hubungan dengan ahli keluarga, pihak berkuasa pendidikan atau majikan serta mencadangkan penyelesaian dan rawatan yang mungkin terhadap sesuatu masalah
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
mengkaji faktor psikologi dalam diagnosis, rawatan serta pencegahan penyakit mental dan gangguan emosi atau personaliti serta berbincang dengan profesional yang berkaitan