Carian Terkini
Kod MASCO
2822
Perbandingan
Ahli Sosiologi, Ahli Antropologi Dan Profesional Yang Berkaitan
Ahli Sosiologi, Ahli Antropologi Dan Profesional yang Berkaitan menyiasat dan memerihal struktur sosial masyarakat, asal usul, dan evolusi manusia serta saling bergantungan di antara keadaan alam sekitar dengan aktiviti manusia. Mereka memberi nasihat mengenai penemuan mereka dalam penggubalan dasar ekonomi dan sosial.
Nama Alternatif
Tugasan
menjejaki asal usul dan evolusi kemanusiaan melalui kajian ke atas perubahan sifat serta institusi kebudayaan dan sosial
merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisisan maklumat serta penilaiannya, ke atas dasar-dasar dan program-program pembangunan negara
menjalankan penyelidikan tentang asal-usul, perkembangan, struktur, corak sosial, organisasi, dan saling berhubungan antara masyarakat manusia
menjalankan tugas yang berkaitan
menjejaki pembangunan kemanusiaan melalui bahan tinggalan zaman silam seperti tempat tinggal, kuil, perkakas, tembikar, wang syiling, senjata, atau seni pahat
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja