Carian Terkini
Kod MASCO
2268-02
Perbandingan
Pegawai Jurupulih Kerja Gred 23
Pegawai Jurupulih Kerja Gred 23 membantu mereka pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah fizikal, mental atau sosial untuk menyesuaikan diri dengan sebarang aspek kehidupan bagi menjalankan kehidupan dengan lebih produktif, berdikari dan bermakna. Masalah mungkin bermula sejak lahir atau disebabkan oleh faktor kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran.
Nama Alternatif
Tugasan
menilai keadaan/kecederaan pesakit dan ketidakupayaan yang menjejaskan fungsinya
menggalakkan pesakit berdikari dalam aktiviti seharian termasuklah mobiliti, penjagaan diri dan aktiviti kerohanian
Meningkatkan pengetahuan dan menyelaras prestasi kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
memberikan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga mereka sebagai langkah pencegahan komplikasi dan disability serta pengekalan tahap optima kefungsian pesakit
Menguruskan kumpulan sokongan untuk pesakit berkongsi masalah mereka
memberikan sokongan psikologi untuk memotivasikan pesakit
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
  • 0915
    Terapi dan Rehabilitasi
  • 0917
    Perubatan Tradisional, Komplimentari dan Terapi
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Khusus
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Center Image