Carian Terkini
Kod MASCO
2266
Perbandingan
Pegawai Audiologi Dan Jurupulih Pertuturan
Pegawai Audiologi dan Jurupulih Pertuturan menilai, mengurus dan merawat gangguan fizikal yang menjejaskan pendengaran, pertuturan dan komunikasi manusia. Mereka memberikan peralatan yang betul atau terapi pemulihan bagi masalah kehilangan pendengaran, gangguan pertuturan dan masalah berkaitan deria dan saraf, dan memberi kaunseling mengenai pendengaran dan komunikasi yang selamat.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,985
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengendalikan kelengkapan audiometri
menjalankan penyelidikan tentang gangguan yang menjejaskan pendengaran dan keseimbangan
menguji dan menyelenggara peranti yang diimplan, seperti implan koklea
menyelidik kemajuan baru dalam teknologi bantuan mendengar, seperti alat bantuan digital
memberi nasihat tentang pemilihan, pemasangan dan penilaian alat bantuan mendengar
membangunkan dan menambah baik teknik ujian
menguruskan perkhidmatan audiologi, termasuk memantau dan menambah baik kualiti perkhidmatan
mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan masyarakat
menjalankan tugas yang berkaitan
menyediakan kertas kerja dan laporan saintifik
mengajar pelajar perubatan dan pelajar sains kesihatan lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan lain
menyelia kakitangan sokongan
mentafsir dan melaporkan keputusan ujian
menjalankan ujian auditori untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa