Carian Terkini
Kod MASCO
1323
Bandingkan
Pengurus Pembinaan
Pengurus Pembinaan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti pembinaan bagi projek-projek kejuruteraan awam, bangunan dan kediaman.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang prosedur pembinaan mengikut masa mula dan masa siap serta keperluan kakitangan bagi setiap fasa pembinaan berdasarkan pengetahuan tentang alat dan kelengkapan serta pelbagai kaedah pembinaan yang ada
merancang dan mengurus operasi harian
menjalankan tugas yang berkaitan
memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pembinaan bangunan, empangan, lebuh raya, saluran paip dan projek pembinaan yang berkaitan
mentafsir lakaran dan spesifikasi senibina
berunding dengan pemilik bangunan, pembangun hartanah dan sub-kontraktor yang terlibat dengan proses pembinaan bagi memastikan projek disiapkan pada tempoh masa yang ditetapkan dan dalam lingkungan peruntukan bajet
memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja dan yang berkaitan
mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
mengawal perbelanjaan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan