Carian Terkini
Kod MASCO
1321-15
Perbandingan
Pengurus Loji Penjanaan Tenaga Biomas (BEGP)
GREEn
Pengurus Loji Penjanaan Tenaga Biomas (BEGP) bertanggungjawab mengawasi dan melaksanakan rancangan yang dicadangkan untuk meningkatkan prestasi berdasarkan keadaan loji semasa.
Nama Alternatif
Tugasan
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengurus, merancang, menjadualkan dan memantau tugas pekerja lain
memastikan operasi mematuhi amalan pengurusan terbaik dan operasi ini adalah cekap dan berkesan
mengambil kira teknologi sedia ada yang terbaik dalam setiap penyelesaian yang dicadangkan untuk sebarang masalah yang timbul, supaya BEGP dapat lebih efektif dan mematuhi undang-undang, piawaian dan panduan yang relevan
Berunding dengan pembekal, pelanggan dan organisasi lain
Memastikan semua proses pengeluaran memenuhi spesifikasi pembuatan
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain perusahaan atau dengan agensi luar
Memastikan penggunaan tenaga manusia, mesin dan peralatan secara optimum
menyediakan penyelesaian pakar untuk masalah teknikal BEGP atau pengoptimalan operasi BEGP
memastikan penyelesaian menyeluruh untuk memperbaiki sistem loji
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-023-5:2012
    Pengurusan Industri
  • MC-091-5:2016
    Pembangunan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
  • F432-005-5:2019
    Sistem Pengagihan dan Penjanaan Tenaga Elektrik Voltan Rendah
  • M711-005-5:2019
    Pengurusan Audit Tenaga
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Aktiviti pengeluaran BEGP
Memahami dalam jenis aktiviti operasi harian BEGP
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Pengeluaran dan Pemprosesan
kemahiran mengurus bahan mentah, proses pengeluaran, kawalan kualiti, kos, dan proses lain untuk memaksimumkan pengeluaran.
Pengurusan krisis
kemahiran menangani kejadian yang mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk merosakkan organisasi, pihak berkepentingannya atau masyarakat umum.
Pengurusan Sisa Berbahaya
kemahiran mengurangkan jumlah bahan berbahaya yang dihasilkan dan merawat sisa berbahaya untuk mengurangkan ketoksikannya,
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Center Image