Carian Terkini
Kod MASCO
1212-01
Bandingkan
Ketua Pegawai Sumber Manusia
Ketua Pegawai Sumber Manusia merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan personel, perhubungan perusahaan, dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi perusahaan atau organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan sumber manusia kepada perusahaan dan organisasi lain.
Nama Alternatif
Tugasan
Menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
Menyelia pembangunan dan pelaksanaan sistem pengurusan maklumat
Memastikan pematuhan kepada piawaian dan perundangan yang berkaitan dengan hak-hak pekerja, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, kesamarataan peluang dan yang berkaitan
Menetapkan dan menguruskan bajet, mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap
Merancang, mengarah dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan aktiviti personel dan perhubungan perusahaan bagi perusahaan atau organisasi
merancang dan mengendalikan prosedur bagi pengambilan kakitangan, Latihan kenaikan pangkat, penukaran dan pemecatan kakitangan
Berunding bersama ketua eksekutif dan pengurus lain-lain bahagian dan jabatan
mengawasi keselamatan, kesihatan dan aktiviti yang berkaitan
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan untuk seluruh perusahaan atau organisasi
Mewakili perusahaan atau organisasi dalam urusan luar
Menjalankan tugas yang berkaitan
merancang dan mengatur rundingan dan prosedur bagi menentukan struktur dan tahap penggajian dan berunding dengan pekerja mengikut terma pekerjaan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • FB-075-5:2012
    Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
  • FB-074-5:2013
    Pengurusan Faedah dan Pampasan Sumber Manusia
  • FB-077-5:2013
    Perundingan Sumber Manusia
  • FB-076-5:2013
    Pengurusan Pejabat-Perundingan Sumber Manusia
  • 0313
    Psikologi
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai. pasti?
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Analisis Organisasi
kemahiran dalam menilai pembangunan, pekerja, aktiviti dan persekitaran sesebuah organisasi.
Analisis Prestasi
kemahiran mengkaji atau menilai prestasi sesuatu senario tertentu berbanding objektif yang ingin dicapai.
Pengambilan Pekerja
kemahiran menyemak permohonan, memilih calon yang tepat untuk ditemuduga, menguji calon dan membuat keputusan pengambilan pekerja.
Pengurusan Personel
kemahiran menguruskan sumber manusia.
Pentadbiran Gaji
kemahiran dalam salah satu tugas yang diperlukan untuk mengatur pampasan pekerja untuk jam yang telah bekerja.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan