Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1323-12
Pengarah Kejuruteraan Pembinaan
Pengarah Kejuruteraan Pembinaan mengarahkan aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan penyelenggaraan struktur, kemudahan, dan sistem kejuruteraan awam serta mengambil bahagian dalam pembangunan konsep projek pembinaan dan mengawasi organisasi, penjadualan, dan pelaksanaannya, mentafsir lakaran dan spesifikasi Arkitek serta memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja.
1323-13
Pengurus Kejuruteraan Pembinaan
Pengurus Kejuruteraan Pembinaan menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan penyelenggaraan struktur, kemudahan, dan sistem kejuruteraan awam serta mengambil bahagian dalam pembangunan konsep projek pembinaan dan mengawasi organisasi, penjadualan, dan pelaksanaannya, mentafsir lakaran dan spesifikasi Arkitek serta memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja.
1323-14
Pengurus Penyelenggaraan Kemudahan Bangunan Hijau
Pengurus Penyelenggaraan Kemudahan Bangunan Hijau memastikan bangunan atau kemudahan beroperasi dengan cekap, mampan, dan mengikut piawaian dan amalan bangunan hijau.
1323-15
Penolong Pengurus Penyelenggaraan Kemudahan Bangunan Hijau
Penolong Pengurus Penyelenggaraan Kemudahan Bangunan Hijau merancang, mengarahkan, mengawasi, aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan penyelenggaraan struktur, kemudahan, dan sistem kejuruteraan awam serta mengambil bahagian dalam pembangunan konsep projek pembinaan dan mengawasi organisasi, penjadualan, dan pelaksanaannya, mentafsir lakaran dan spesifikasi Arkitek serta memantau pengaplikasian prosedur keselamatan kerja.
1323-16
Pengurus Perobohan Bangunan
Pengurus Perobohan Bangunan merancang, mengarah dan menyelaras pelbagai jenis projek perobohan, termasuk merobohkan dan melupuskan semua jenis struktur kediaman, komersial dan perindustrian, jalan atau jambatan.
1323-17
Penolong Pengurus Perobohan Bangunan
Penolong Pengurus Perobohan Bangunan merancang, mengarah dan menyelaras pelbagai jenis projek perobohan, termasuk merobohkan dan melupuskan semua jenis struktur kediaman, komersial dan perindustrian, jalan atau jambatan.
1323-18
Pembangun Bangunan Hijau
Pembangun Bangunan Hijau merancang, mengarahkan, mengawasi, aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan penyelenggaraan struktur, kemudahan, dan sistem kejuruteraan bangunan hijau serta mengambil bahagian dalam pembangunan konsep projek pembinaan dan mengawasi organisasi, penjadualan, dan pelaksanaannya.
1323-19
Pengurus Ukur Bahan
Pengurus Ukur Bahan melihat harga bahan, kos buruh dan perbelanjaan lain seperti sewa peralatan, permit dan yuran bangunan untuk membina rancangan dan belanjawan projek berdasarkan angka tersebut
1323-20
Kontraktor Pembinaan
Kontraktor Pembinaan merancang dan mengurus kerja pembinaan. Mereka menyiapkan projek pembinaan secara kontrak.
1323-21
Ketua Arkitek
Ketua Arkitek merancang, mengarah dan memantau dari fasa perancangan konsep melalui pembangunan reka bentuk dan dokumen pembinaan.
1411-02
Pengurus Asrama Gred N41
Pengurus Asrama Gred N41 bertanggungjawab merancang, mengurus, memastikan pelaksanaan pengurusan kolej kediaman, memantau pentadbiran am dan sumber manusia, penempatan dan makanan pelajar, menyelenggara bangunan serta membangunkan sahsiah diri pelajar. Turut bertanggungjawab menasihati pengurusan atasan (Tribunal Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar / Pihak Pengurusan Institusi Latihan) mengenai hal-hal pengurusan kolej kediaman dan pembangunan pelajar, pengurusan atasan sama ada melulus atau menolak permohonan penginapan pelajar.
1411-05
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Hotel
Pengurus Pengeluaran dan Operasi, Hotel bertanggungjawab merancang, memasarkan, menyelaras dan mentadbir perkhidmatan hotel seperti kemudahan katering, penginapan dan pengemasan bilik, mempromosi, memasarkan perniagaan, menguruskan peruntukan bajet dan mengawal perbelanjaan.
1411-07
Pengurus Rumah Tamu
Pengurus Rumah Tamu bertanggungjawab merancang, memasarkan, menyelaras dan mentadbir perkhidmatan rumah tamu seperti kemudahan katering, penginapan dan pengemasan bilik, mempromosi, memasarkan perniagaan, menguruskan peruntukan bajet dan mengawal perbelanjaan.
1411-08
Pengurus Rumah Tumpangan
Pengurus Rumah Tumpangan mengarahkan operasi dan aktiviti harian di lokasi hotel yang diperuntukkan anda. Mengurus kakitangan, mengutip bayaran, memantau belanjawan dan menilai prestasi hotel.
1411-09
Pengurus Kaunter Depan
Pengurus Kaunter Depan menyambut dan mengalu-alukan tetamu, menjawab soalan dan aduan mereka, menguruskan tempahan dan jadual temu janji, dan memastikan kawasan penerimaan tetamu diselenggara secara profesional.
1411-10
Pengurus Kaunter Pejabat
Pengurus Kaunter Pejabat pastikan pelanggan dan pelawat berasa dialu-alukan dan dijaga dengan baik. Peranan anda termasuk menyelia jadual pekerja, latihan kakitangan pejabat hadapan dan melaksanakan penyelarasan asas resit.
1411-11
Pengurus Perkhidmatan Makanan dan Minuman
Pengurus Perkhidmatan Makanan dan Minuman menguruskan operasi dan piawaian makanan dan minuman, mematuhi belanjawan, mengupah dan melatih kakitangan makanan dan minuman, dan mengendalikan aduan pelanggan.
1411-12
Pengurus Resort
Pengurus Resort bertanggungjawab merancang, memasarkan, menyelaras dan mentadbir perkhidmatan resort seperti kemudahan katering, penginapan dan pengemasan bilik, mempromosi, memasarkan perniagaan, menguruskan peruntukan bajet dan mengawal perbelanjaan.
1411-13
Pengurus Penginapan
Pengurus Penginapan merancang, mengatur, mengarah, mengawal dan menyelaras operasi hotel, motel dan pertubuhan seumpamanya untuk menyediakan penginapan dan perkhidmatan lain termasuk operasi makanan dan minuman serta pengemasan.
1411-14
Pengurus Pengendalian Makanan
Pengurus Pengendalian Makanan merancang, mengatur, mengarah, mengawal dan menyelaras operasi hotel, motel dan pertubuhan seumpamanya untuk menyediakan penginapan dan perkhidmatan lain termasuk operasi makanan dan minuman serta pengemasan.
← Kembali