Direktori — MASCO-KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
4131-01
Jurutaip
Jurutaip mengendalikan komputer untuk menaip dan menyemak dokumen dan menyusun bahan untuk ditaip, seperti surat-menyurat, laporan, jadual statistik, borang dan audio. Mereka membaca arahan yang disertakan dengan bahan atau mengikuti arahan lisan untuk menentukan keperluan seperti bilangan salinan yang diperlukan, keutamaan dan format yang dikehendaki.
4131-02
Jurutrengkas
Jurutrengkas bertanggungjawab untuk mentranskripsikan perkara yang dinyatakan dalam lisan ke dalam bentuk bertulis. Mereka biasanya bekerja di bilik mahkamah, bilik lembaga, dan tempat lain di mana perbualan penting perlu direkodkan secara bertulis.
4131-04
Pembantu Am Jurutaip
Pembantu Am Jurutaip menaip, mengedit serta mencetak dengan menggunakan mesin taip, komputer peribadi, atau pemprosesan kata yang lain, dan merekod secara trengkas hal yang dinyatakan secara lisan atau bertulis.
4131-05
Pentranskripsi
Pentranskripsi membuat transkripsi data audio pendek dan kandungan video mengikut peraturan yang telah ditentukan untuk akses kandungan.
4131-06
Pengesah Pengecaman Aksara Optik (OCR)
Pengesah Pengecaman Aksara Optik (OCR) mengesahkan output sistem OCR untuk bahan yang sukar diproses seperti tulisan tangan, carta atau gambar rajah.
4132-01
Kerani Indeks
Kerani Indeks memfailkan surat-menyurat, kad, invois, resit, dan rekod lain dalam susunan abjad atau berangka atau mengikut sistem pemfailan yang digunakan. 
4132-02
Kerani Rekod
Kerani Rekod melakukan tugas perkeranian seperti mengatur fail dan mendapatkan semula kertas kerja sesebuah entiti,  secara fizikal dan elektronik
4132-03
Pembantu Am Sistem Maklumat (Operator Mesin Prosesan Data)
Pembantu Am Sistem Maklumat (Operator Mesin Prosesan Data) menginovasi teknologi baru, menulis laporan, dan membangunkan rancangan jika terdapat keralatan dalam  sistem atau rangkaian.
4132-04
Kerani Kemasukan Data Komputer
Kerani Kemasukan Data Komputer bertanggungjawab untuk memindahkan format kertas ke dalam fail komputer atau sistem pangkalan data.
4132-05
Operator Kemasukan Data
Operator Kemasukan Data memasukkan kod, data statistik, kewangan dan lain-lain data berangka ke dalam peralatan elektronik, pangkalan data berkomputer.
4132-06
Kerani Kemasukan Bayaran
Kerani Kemasukan Bayaran memasukkan kod, data statistik, kewangan dan lain-lain data berangka ke dalam peralatan elektronik, pangkalan data berkomputer, spreadsheet atau repositori data lain menggunakan papan kekunci, tetikus, atau pengimbas optik, atau lain-lain alat kemasukan data. Memasukkan data ke peranti mekanikal dan elektronik untuk melakukan pengiraan matematik.
4132-07
Kerani Teknologi Maklumat
Kerani Teknologi Maklumat mengendalikan terminal komputer untuk log pesanan dan penerimaan serta  mendapatkan dan memasukkan data secara umum.
4132-08
Kerani Sistem Maklumat Pengurusan
Kerani Sistem Maklumat Pengurusan memasukkan kod, data statistik, kewangan dan lain-lain data berangka ke dalam peralatan elektronik, pangkalan data berkomputer, spreadsheet atau repositori data lain menggunakan papan kekunci, tetikus, atau pengimbas optik, atau lain-lain alat kemasukan data. Memasukkan data ke peranti mekanikal dan elektronik untuk melakukan pengiraan matematik.
4132-09
Kerani Kemasukan Data
Kerani Kemasukan Data mengumpul data dan melengkapkan maklumat ke dalam pangkalan data.
4132-10
Kerani Sistem
Kerani Sistem memasukkan kod, data statistik, kewangan dan lain-lain data berangka ke dalam peralatan elektronik, pangkalan data berkomputer, spreadsheet atau repositori data lain menggunakan papan kekunci, tetikus, atau pengimbas optik, atau lain-lain alat kemasukan data. Memasukkan data ke peranti mekanikal dan elektronik untuk melakukan pengiraan matematik.
4132-11
Pelabel Data dan Media
Pelabel Data dan Media menandakan gambar seperti resit digital atau invois untuk pemprosesan dan pengkatalogan berikutnya.
4223-01
Operator Perkhidmatan Telekomunikasi
Operator Perkhidmatan Telekomunikasi menguruskan panggilan masuk, mengumpul data yang diperlukan, mempunyai kemahiran menaip yang cepat dan tepat, memindahkan panggilan ke tempat yang diperlukan, serta merekod perbualan.
4312-34
Pembantu E-Dagang
Pembantu E-Dagang menyediakan sokongan teknikal dalam bentuk pengekodan bahasa penanda hiperteks(HTML), pelaksanaan piksel dan persediaan pelaporan berskala penuh
5121-01
Tukang Masak
Tukang Masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan di hotel, restoran dan tempat makan awam lain, di atas kapal, kereta api penumpang, isi rumah persendirian dan institusi atau pertubuhan lain.
5161-01
Ahli Nujum
Ahli Nujum menganalisis buruj dan gerakan objek angkasa dan penjajaran bintang dan planet tertentu. Mereka membentangkan analisis ini bersama-sama dengan tafsiran mereka sendiri tentang perangai pelanggan, kecenderungan yang berkaitan dengan kesihatan, isu cinta dan perkahwinan mereka, peluang perniagaan dan pekerjaan serta aspek peribadi yang lain.
← Kembali