Carian Terkini
Kod MASCO
2523-10
Bandingkan
Jurutera Sistem Rangkaian (Teknologi Maklumat)
Jurutera Sistem Rangkaian (Teknologi Maklumat) menyelidik, menganalisis dan mencadangkan strategi dalam Arkitek rangkaian (network architectur dan pembangunan rangkaian. Mereka melaksanakan, mengurus, menyelenggara, dan melakukan konfigurasi perkakasan rangkaian dan perisian, dan memantau, menyelesaikan masalah, dan mengoptimumkan prestasi.
Nama Alternatif
Tugasan
menilai dan mencadangkan penambahbaikan kepada operasi rangkaian dan perkakasan, perisian, komunikasi dan sistem operasi bersepadu
menganalisis, membangun, mentafsir dan menilai reka bentuk sistem yang kompleks dan spesifikasi seni bina, model data dan rajah dalam konfigurasi pembangunan dan integrasi sistem komputer
menyelidik, menganalisis, menilai dan memantau infrastruktur rangkaian untuk memastikan rangkaian dikonfigurasi untuk beroperasi pada prestasi optimum
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
menyediakan kemahiran pakar dalam menyokong dan menyelesaikan masalah rangkaian dan kecemasan
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • IT-030-5:2013
    Pengurusan Rangkaian Komputer
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
  • 0612
    Kejuruteraan Perisian
  • 0613
    Sains Komputer
  • 0614
    Penggunaan Komputer
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pembelajaran Aktif
Kemahiran mengaplikasikan pengetahuan baharu.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Laluan Cisco
kemahiran pemilihan laluan untuk trafik dalam rangkaian, atau antara atau merentasi berbilang rangkaian
Pengesanan pencerobohan
kemahiran dalam menggunakan aplikasi atau perisian bagi memantau rangkaian atau sistem untuk aktiviti jahat atau pelanggaran dasar.
Pengurusan Pangkalan Data
kemahiran untuk memanipulasi dan mengawal data untuk memenuhi syarat-syarat yang diperlukan sepanjang kitaran hayat data
Pentadbiran Rangkaian
kemahiran mentadbir dan mengurus rangkaian komputer bagi satu atau banyak organisasi.
Penyahpepijatan
kemahiran mencari dan menyelesaikan kecacatan yang menghalang operasi perisian komputer atau sistem yang betul.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan