Carian Terkini
Kod MASCO
2521
Bandingkan
Pereka Dan Pentadbir Pangkalan Data
TVET
Pereka dan Pentadbir Pangkalan Data mereka bentuk, membangunkan, mengawal, menyelenggara dan membantu mencapai prestasi optimum, dan mengawal keselamatan pangkalan data.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 3,415
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mereka bentuk, membina, mengubahsuai, menyepadu, melaksana dan menguji sistem pengurusan pangkalan data
mereka bentuk dan membangunkan seni bina dan struktur pangkalan data projek sistem maklumat
membangunkan dan melaksanakan dasar, dokumentasi, standard dan model pentadbiran data
membangunkan dasar dan prosedur akses pangkalan data untuk sandaran dan pemulihan data
menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat tentang pemilihan, aplikasi, dan pelaksanaan alat pengurusan pangkalan data
menjalankan operasi dan penyelenggaraan pencegahan untuk sandaran dan pemulihan, dan menguatkuasakan kawalan keselamatan dan integriti
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan