Carian Terkini
Kod MASCO
2163-26
Bandingkan
Pereka Profesional Teknologi Hijau
GREEn
Pereka Profesional Teknologi Hijau menasihati organisasi tentang strategi Reka bentuk teknologi hijau mereka dan pelaksanaannya dengan cara yang paling berkesan dan cekap untuk membolehkan organisasi mencapai objektif persekitaran teknologi jangka pendek, pertengahan dan panjang mereka.
Nama Alternatif
Pereka Kenderaan Teknologi Hijau
Tugasan
merundingkan rekaan dengan pelanggan, pihak Pengurusan serta kakitangan jualan dan pembuatan
memilih, menentukan dan mencadangkan bahan, kaedah pengeluaran dan kemasan untuk pengeluaran.
Mengenal pasti dan menilai kesan alam sekitar daripada proses pengeluaran dan perkhidmatan yang berkaitan, dan mengawal selia pengurangan kesan terhadap alam sekitar dan kepada manusia. Atur pelan tindakan dan pantau sebarang petunjuk penambahbaikan.
menyediakan lakaran, gambar rajah, ilustrasi, pelan, sampel dan model untuk mendapatkan konsep rekaan
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • MC-040-5:2013
    Pengurusan Rekabentuk Produk Industri
  • 0212
    Fesyen, Reka Bentuk Industri dan Dalaman
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Adobe Photoshop
kemahiran menggunakan perisian untuk penyuntingan foto, pembuatan gambar dan reka bentuk grafik.
Analisis Trend Jualan
kemahiran dalam mengkaji sejarah hasil pendapatan untuk mengesan corak.
Reka Bentuk Digital
kemahiran reka bentuk grafik yang menggunakan komputer, tablet grafik dan peranti elektronik lain untuk membuat grafik dan reka bentuk.
Reka bentuk Kreatif
Kemahiran untuk menghasilkan model siap, grafik atau label
Reka Bentuk Visual
keupayaan untuk menggunakan teks, warna dan imej dengan cara yang boleh meningkatkan reka bentuk atau interaksi.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan