- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
21
Profesional Sains Dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
216
Arkitek, Perancang, Juruukur, Dan Pereka
Kumpulan Unit
2161
Arkitek Bangunan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2161
Bandingkan
Arkitek Bangunan
TVET
Arkitek Bangunan merancang, memberi nasihat, mereka bentuk bangunan rekreasi, institusi, kediaman, komersil dan industri, serta merancang dan memantau pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikpulihannya.

Nama Alternatif
Tugasan
merancang, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project brie, melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings,) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan spesifikasi (specifications)
membangunkan teori dan kaedah kesenibinaan yang baru atau yang ditambah baik
mengenal pasti dan mendapatkan penyelesaian terbaik mengenai masalah fungsi dan kualiti
persekitaran dalaman bangunan, dan membuat reka bentuk, lukisan dan pelan yang perlu
mereka bentuk bangunan dan menyediakan lukisan dan pelan untuk pembinaannya
memeriksa kerja pembinaan yang sedang berlangsung untuk memastikan pelan, spesifikasi dan standard kualiti dipatuhi
merancang dan mereka bentuk pembangunan kawasan tanah untuk projek seperti taman, sekolah, institut, lapangan terbang, jalan raya dan projek yang berkaitan serta untuk tapak komersil, perindustrian dan kediaman
merancang susun atur dan menyelaraskan pembangunan di bandar
merujuk pelanggan dan memberi saranan berhubung dengan jenis, gaya, saiz, dan aspek pembinaan yang lain
menyelia ujian dan pentauliahan kerja yang telah siap
menjalankan tugas yang berkaitan
menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi dan anggaran kos pembangunan tanah, dan menunjukkan lokasi dan perincian cadangan, termasuk pemodelan tanah, struktur dan tumbuh- tumbuhan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Kursus Yang Berkaitan