Carian Terkini
Kod MASCO
3611-26
Perbandingan
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 memberi bimbingan kepada pelanggan dan melaksanakan program-program bantuan sosial dan khidmat masyarakat dan membantu pelanggan dalam pengurusan masalah peribadi dan sosial. menjalankan kerja-kerja soal selidik, menyemak data dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan.
Nama Alternatif
Tugasan
mengumpulkan maklumat yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan serta menasihati mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka
membantu mencegah penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga dan membantu orang cacat anggota atau akal mendapatkan rawatan yang mencukupi dan meningkatkan kemampuan mereka untuk bergaul dalam masyarakat.
menganalisis keperibadian pelanggan dan mengemukakan pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah
Merancang menilai, menambah baik dan membangunkan perkhidmatan kebajikan
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0923
    Kaunseling dan Kerja Sosial
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Khidmat Masyarakat
kemahiran dalam kebajikan dan kesejahteraan orang lain serta merasa belas kasihan dan ingin menolong orang mengatasi masalah peribadi mereka.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pengurusan Komuniti
kemahiran dalam membina hubungan dan peluang untuk berinteraksi dengan orang ramai secara terbuka
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Center Image