Carian Terkini
Kod MASCO
3254-01
Perbandingan
Juruoptik
STEM
Juruoptik memeriksa dan membantu memperbaiki dan membetulkan penglihatan seseorang individu. Menyesuaikan kanta cermin mata, bingkai, kanta sentuh dan lain-lain alat bantuan penglihatan mengikut spesifikasi individu.
Nama Alternatif
Juruoptik Pendispensan
Tugasan
memberi nasihat kepada pesakit apabila pelarasan atau pembaikpulihan cermin mata diperlukan
menjalankan tugas yang berkaitan
memeriksa kanta semasa diterima untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi yang diperlukan
mengambil ukuran bingkai dan muka untuk memastikan pemasangan dan posisinya yang betul
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
mentafsir preskripsi optik yang ditulis oleh pakar optometri atau pakar oftalmologi
memasang kanta lekap dan memberi nasihat tentang penjagaan dan kegunaannya
memberi nasihat kepada pesakit tentang jenis kanta, bingkai, dan penggayaan
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0912
    Perubatan
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Center Image