Carian Terkini
Kod MASCO
3215-02
Perbandingan
Juruteknik Prostetik
STEM
Juruteknik Prostetik mengukur, mereka bentuk, memasang, menyesuai, atau menyelenggara anggota tiruan (prostesis) sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor, dan membantu dalam penentuan preskripsi prostesis untuk penggantian bahagian luar tubuh manusia yang tiada akibat amputasi atau kecacatan kongenital atau ketiadaan asal.
Nama Alternatif
Juruteknik Ortotik
Juruteknik Ortopedik
Tugasan
memastikan peralatan mengikut padanan, dan pesakit mempunyai lingkungan pergerakan yang boleh diterima
menyelia, menjadualkan dan memantau tugas pekerja lain
membuat anggota prostetik daripada plastik lembut
menjalankan tugas yang berkaitan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • 0912
    Perubatan
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
  • 0915
    Terapi dan Rehabilitasi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Oklusi
kemahiran dalam menutup dan menymbat saluran darah atau organ berongga
Center Image