- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
321
Juruteknik Perubatan Dan Farmaseutikal
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3211
Perbandingan
Juruteknik Kelengkapan Pengimejan Perubatan Dan Terapeutik
Juruteknik Kelengkapan Pengimejan Perubatan dan Terapeutik menguji dan mengendalikan alat radiografi, ultrabunyi dan lain-lain peralatan perubatan pengimejan untuk menghasilkan imej badan untuk tujuan diagnostik dan rawatan kecederaan, penyakit dan kecacatan lain. Mereka boleh menjalankan rawatan radiasi kepada pesakit di bawah pengawasan pakar radiologi atau profesional kesihatan lain.

Nama Alternatif
Tugasan
menyelenggara makmal agar berada dalam keadaan bersih dan kemas
menetapkan posisi radas dan peralatan yang diperlukan
mengendalikan peralatan radiografi termasuk mengambil gambar X-Ray, menjalankan prosedur radiologi menggunakan peralatan umum X-Ray dan juga mesin pengimbas MRI dan CT sama ada yang dijalankan di wad, teater pembedahan serta bahagian kemalangan yang menggunakan alat X-Ray bergerak
menjelaskan prosedur, memerhati dan memposisikan pesakit, dan menggunakan alat-alat perlindungan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semasa pemeriksaan, imbasan, atau rawatan
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
mengesan dan memeta radiofarmaseutikal atau radiasi dalam badan pesakit, menggunakan radioisotop, kamera atau peralatan lain untuk mendiagnosis dan merawat penyakit
Kursus Yang Berkaitan