Carian Terkini
Kod MASCO
3142
Perbandingan
Juruteknik Pertanian Dan Penternakan
TVET
Juruteknik Pertanian dan Penternakan menjalankan tugas teknikal dan membangunkan aplikasi hasil penyelidikan aktiviti berkaitan agronomi dan penternakan. Mereka memberikan sokongan teknikal dan saintifik kepada profesional sains pertanian dan penternakan, petani dan penternak.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,230
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
bertanggungjawab terhadap kualiti produk
mengelolakan penyelenggaraan dan pembaikpulihan mesin dan peralatan ladang
menyedia dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan untuk uji kaji, pengujian dan analisis
menjalankan tugas yang berkaitan
mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan sains untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai, mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan projek perladangan berkelompok
mengumpul dan menyediakan spesimen seperti tanah, sel-sel tumbuhan atau haiwan, tisu atau bahagian atau organ-organ haiwan untuk uji kaji, pengujian, dan analisis
mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek
menganalisis sampel bijih benih bagi menentukan kadar kualiti, ketulenan, dan percambahannya
membantu dan menjalankan uji kaji, pengujian dan analisis, serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan, dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal