Carian Terkini
Kod MASCO
3116-10
Perbandingan
Pembantu Kejuruteraan Kimia
STEM
Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji kimia.
Nama Alternatif
Tugasan
membantu menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan dalam operasi pembuatan dan pemasangan, mengikut spesifikasi yang ditetapkan
mereka bentuk dan menyediakan susun atur loji kimia mengikut spesifikasi yang ditetapkan
memantau aspek teknikal dalam pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan loji kimia untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan
mengaplikasikan pengetahuan teknikal berhubung dengan prinsip dan amalan kejuruteraan kimia supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
menjalankan pengujian makmal kimia dan fizikal bagi membantu ahli sains dan jurutera dalam membuat analisis kualitatif dan kuantitatif bahan pepejal, cecair dan gas
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
membantu dalam penyelidikan dan pembangunan proses kimia industri, loji dan peralatan, atau menguji prototaip
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • OG-012-4:2012
    Pengurusan Operasi Penggerudian(Minyak, Gas & Petrokimia)
  • OG-031-4:2014
    Pentadbiran Dokumen Kejuruteraan (Minyak, Gas & Petrokimia)
  • OG-012-3:2011
    Operasi Penggerudian (Minyak, Gas & Petrokimia)
  • 0711
    Kejuruteraan Kimia dan Proses
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0714
    Mekanik dan Tred Logam
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis Instrumen
kemahiran dalam bidang kimia analitik yang menyiasat analit menggunakan instrumen saintifik.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Penyeliaan
kemahiran mengarahkan, mengurus atau penyeliaan.
Membaiki
kemahiran membaiki mesin atau sistem menggunakan alat yang diperlukan.
Operasi dan Kawalan
kemahiran mengawal operasi peralatan atau sistem.
Operasi Kawalan Kualiti
kemahiran merancang strategi pembangunan dan pelaksanaan standard kualiti
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Center Image