Carian Terkini
Kod MASCO
3115-29
Perbandingan
Juruteknik Pembuatan Logam
STEM
Juruteknik Pembuatan Logam menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan mekanikal, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pemasangan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikan mesin, komponen dan peralatan mekanikal.
Nama Alternatif
Tugasan
mereka bentuk dan menyediakan susun atur pemasangan mesin
membantu menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan dalam operasi pembuatan dan pemasangan
menyediakan bantuan teknikal dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan perkakas mesin, enjin kenderaan, pesawat, pemasangan alat pemanasan, pengalihudaraan dan penyejukan, serta loji dan kelengkapan lain yang berfungsi secara mekanikal
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugas yang berkaitan
membantu kerja penyeliaan teknikal bagi pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan loji dan enjin mekanik
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • MCE3
    Penyelia Mekanikal & Elektrik
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
  • 0714
    Mekanik dan Tred Logam
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kejuruteraan robotik
kemahiran membina mesin yang menyerupai tindakan manusia.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Mekanikal & Elektrikal
kemahiran dalam pembuatan dan pembaikan pelbagai produk elektrik dan elektronik.
Membaiki
kemahiran membaiki mesin atau sistem menggunakan alat yang diperlukan.
Operasi dan Kawalan
kemahiran mengawal operasi peralatan atau sistem.
Pengujian
Melakukan ujian untuk memastikan produk berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian.
Penyelenggaraan Mekanikal
kemahiran menyelenggara dan membaiki pelbagai peralatan mekanikal.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Center Image