Carian Terkini
Kod MASCO
2812
Perbandingan
Pustakawan Dan Profesional Maklumat Yang Berkaitan
Pustakawan Dan Profesional Maklumat Yang Berkaitan mengumpul, memilih, menyusun dan menyelenggara koleksi perpustakaan dan repositori maklumat lain, mengatur dan mengawal lain-lain perkhidmatan perpustakaan, dan menyediakan maklumat kepada pengguna.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 3,225
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengekalkan hubungan dengan perpustakaan dan persatuan perpustakaan yang lain
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
mengurus sistem peminjaman buku antara perpustakaan dan rangkaian maklumat
menyelia penyelenggaraan buku dan bahan lain
membantu pelanggan yang bertanya dan mendapatkan maklumat daripada fail manual atau pangkalan data berkomputer
memilih dan mencadangkan pembelian buku dan bahan bercetak atau rakaman pandang dengar yang lain
menjalankan tugas yang berkaitan
mengelaskan atau menyelia pengelasan, pengindeksan, pengkatalogan, pengedaran bahan perpustakaan, dan penyelenggaraan rekod
menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan