- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial Dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
281
Pustakawan, Juruarkib, Dan Kurator
Kumpulan Unit
2811
Juruarkib Dan Kurator
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2811
Perbandingan
Juruarkib Dan Kurator
Juruarkib dan Kurator mengumpul, menilai dan memastikan penyimpanan dan pemeliharaan koleksi arkib, muzium, galeri seni, dan pertubuhan seumpamanya. Mereka merancang, merangka dan melaksanakan sistem penyimpanan dokumen rekod dan sejarah yang berharga.

Nama Alternatif
Tugasan
mengarahkan atau menjalankan kerja penyediaan indeks, bibliografi, salinan mikrofilem, dan bantuan rujukan yang lain bagi bahan yang telah dikumpulkan serta menjadikannya mudah didapati oleh pengguna
menyelidik asal usul serta pengedaran dan kegunaan bahan dan objek yang berunsur budaya dan
sejarah
menyelidik, menilai, membangunkan, mengurus dan memelihara dokumen bernilai yang penuh
bersejarah dan berharga
menjalankan tugas yang berkaitan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
mengesan institusi-institusi/ orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut
menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan
mengurus, membangunkan dan menyelenggara koleksi barangan seni, budaya, saintifik, atau sejarah yang berharga di muzium atau galeri seni
mengkatalog koleksi muzium dan galeri seni serta menganjurkan pameran
menyelenggarakan rekod
Kursus Yang Berkaitan