Carian Terkini
Kod MASCO
2542
Perbandingan
Profesional Permainan Digital Dan E-Sukan
TVET
Profesional Permainan Digital dan E-Sukan menggabungkan pengetahuan artistik dan teknikal untuk memberi gambaran, merancang, membuat, menghasilkan, membangunkan kandungan digital yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan jenis kandungan lain untuk permainan, VR/AR dan lain-lain format media digital bukan linear.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,810
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mencipta karya seni, 2D, 3D, animasi untuk aset seni visual dalam permainan
mengatur penciptaan kandungan permainan, menjadikannya tepat pada masanya dan dalam anggaran kos
mencipta rupa, rasa dan jalan cerita permainan, menentukan bagaimana permainan akan dimainkan
meningkatkan pengetahuan dan menyelaraskan prestasi kerja
melaksanakan tugas yang berkaitan melalui alat penciptaan kandungan digital, enjin permainan, alat dan teknologi
mengoptimumkan kandungan digital untuk kecekapan prestasi masa sebenar
menguji permainan untuk mengenal pasti kesilapan dalam permainan, semak untuk sebarang bug, gangguan dan kesilapan
bekerjasama secara proaktif dengan ahli pasukan lain termasuk dari pelbagai kepakaran untuk menyelesaikan masalah
menggubah muzik dan mencipta kesan bunyi, menyatukannya ke dalam permainan
melaksanakan ciri-ciri dan fungsi melalui pengaturcaraan untuk menjadikan permainan seronok untuk dimainkan