Carian Terkini
Kod MASCO
2434-10
Perbandingan
Pakar Teknologi Internet-Perbankan Digital
STEM
Pakar Teknologi Internet/Perbankan Digital menjual pelbagai perkakasan komputer, perisian, serta barangan dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi lain termasuk pemasangan dan menyediakan maklumat khusus menurut keperluan.
Nama Alternatif
Tugasan
Melaporkan reaksi dan keperluan pelanggan kepada pengilang
Mengatur penghantaran barangan, pemasangan kelengkapan, dan penyediaan perkhidmatan
menyebut dan merundingkan harga, syarat kredit, mengikat kontrak, dan merekodkan pesanan
mendapatkan pesanan dan menjual barangan kepada pertubuhan runcit, industri, borong, dan pertubuhan lain
menjual kelengkapan, bekalan, dan perkhidmatan teknikal kepada pertubuhan perniagaan atau individu
membincangkan keperluan pelanggan baru dan sedia ada dan menyediakan maklumat khusus tentang bagaimana kelengkapan, bekalan, dan perkhidmatan tertentu memenuhi keperluan tersebut
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • 0323
    Media dan Komunikasi
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memujuk
kemahiran memujuk orang lain untuk mengubah fikiran atau tingkah laku mereka.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analitik
kebolehan untuk meleraikan maklumat ke kategori yang lebih kecil untuk membuat kesimpulan.
Pemprosesan Tempahan
kemahiran mengurus proses atau aliran kerja yang berkaitan dengan pengambilan, pembungkusan dan penghantaran barang yang dibungkus ke pembawa penghantaran.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan produk
kemahiran berurusan dengan perancangan, ramalan, dan pengeluaran, atau pemasaran produk.
Pengurusan Produk
kemahiran dalam fungsi organisasi yang membimbing setiap langkah kitaran hayat produk.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Center Image