Carian Terkini
Kod MASCO
2163-31
Perbandingan
Pakar Analisis Produk dan Rekaan
Pakar Analisis Produk dan Rekaan merangkumi tanggungjawab seperti mengumpul dan menganalisis maklum balas pelanggan, menjalankan penyelidikan pasaran, mengenal pasti keperluan produk, dan bekerjasama dengan pasukan merentas fungsi untuk memastikan kejayaan pembangunan dan pelancaran produk yang memenuhi keperluan pelanggan.
Nama Alternatif
Tugasan
melaksanakan penyelidikan pasaran dan menganalisis data pasaran, mengenal pasti gelagat dan trend pengguna.
menyediakan lakaran, gambar rajah, ilustrasi, pelan, sampel dan model untuk mendapatkan konsep rekaan
merundingkan rekaan dengan pelanggan, pihak Pengurusan serta kakitangan jualan dan pembuatan
memilih, menentukan dan mencadangkan bahan, kaedah pengeluaran dan kemasan untuk pengeluaran.
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • MC-040-5:2013
    Pengurusan Rekabentuk Produk Industri
  • 0212
    Fesyen, Reka Bentuk Industri dan Dalaman
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Adobe Photoshop
kemahiran menggunakan perisian untuk penyuntingan foto, pembuatan gambar dan reka bentuk grafik.
Analisis Trend Jualan
kemahiran dalam mengkaji sejarah hasil pendapatan untuk mengesan corak.
Reka Bentuk Digital
kemahiran reka bentuk grafik yang menggunakan komputer, tablet grafik dan peranti elektronik lain untuk membuat grafik dan reka bentuk.
Reka bentuk Kreatif
Kemahiran untuk menghasilkan model siap, grafik atau label
Reka Bentuk Visual
keupayaan untuk menggunakan teks, warna dan imej dengan cara yang boleh meningkatkan reka bentuk atau interaksi.
Center Image