Carian Terkini
Kod MASCO
2163-01
Perbandingan
Pereka Produk Komersil
STEM
Pereka Produk Komersil mereka bentuk dan membangunkan produk untuk pengilangan, dan menyediakan rekaan dan spesifikasi produk untuk pengeluaran besar-besaran, kelompok dan <i>one-off</i>.
Nama Alternatif
Pereka Produk Perindustrian
Pereka Tekstil
Pereka Produk
Pereka Fesyen
Pereka Barang Kemas
Pereka Kain
Pereka Pakaian
Eksekutif Fesyen dan Pakaian
Pereka Kostum
Pereka Bungkusan
Pereka Penyelesaian
Pereka Kasut
Pereka Batik
Eksekutif Foundri
Pereka Proses
Pakar Sulaman
Pereka Kenderaan
Pereka Alat
Pereka Kasut, Perantis
Pereka Acuan Plastik
Tugasan
memilih, menentukan dan mencadangkan bahan, kaedah pengeluaran dan kemasan untuk pengeluaran
Menyediakan corak, program dan alat, dan proses pembuatan
merundingkan rekaan dengan pelanggan, pihak Pengurusan serta kakitangan jualan dan pembuatan
menyediakan lakaran, gambar rajah, ilustrasi, pelan, sampel dan model untuk mendapatkan konsep rekaan
merumuskan konsep rekaan pakaian, tekstil, industri, produk komersial dan barang kemas
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
  • C
    Pembuatan
  • MC-095-5:2016
    Inovasi & Pengkomersilan Rekabentuk Produk
  • 0212
    Fesyen, Reka Bentuk Industri dan Dalaman
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Adobe Photoshop
kemahiran menggunakan perisian untuk penyuntingan foto, pembuatan gambar dan reka bentuk grafik.
Analisis Trend Jualan
kemahiran dalam mengkaji sejarah hasil pendapatan untuk mengesan corak.
Reka Bentuk Digital
kemahiran reka bentuk grafik yang menggunakan komputer, tablet grafik dan peranti elektronik lain untuk membuat grafik dan reka bentuk.
Reka bentuk Kreatif
Kemahiran untuk menghasilkan model siap, grafik atau label
Reka Bentuk Visual
keupayaan untuk menggunakan teks, warna dan imej dengan cara yang boleh meningkatkan reka bentuk atau interaksi.
Center Image