Carian Terkini
Kod MASCO
2145-03
Perbandingan
Jurutera Kimia
STEM
Jurutera Kimia mereka bentuk dan membangunkan proses pengeluaran kimia dan fizikal berskala besar dan terlibat dalam keseluruhan proses perindustrian yang diperlukan untuk mengubah bahan mentah menjadi produk. Termasuk orang yang bekerja dalam farmaseutikal, getah, plastik dan peralatan mandian, simen dan kertas, makanan dan minuman, tenaga atau minyak dan gas
Nama Alternatif
Jurutera Kimia, Farmaseutikal
Ahli Teknologi Tayar
Ahli Teknologi Polimer
Ahli Teknologi Bru
Ahli Teknologi Bahan Bakar
Ahli Teknologi Kejuruteraan Kimia
Ahli Teknologi Plastik
Jurutera Proses Kimia
Ahli Teknologi Getah (Kimia)
Jurutera Baja
Ahli Teknologi Alkohol
Ahli Teknologi Gentian
Ahli Teknologi Proses Kimia
Jurutera Cat
Jurutera Varnis
Ahli Teknologi Kertas (Kimia)
Ahli Teknologi Beku Kering (Kimia)
Ahli Teknologi Cat
Jurutera Kimia, Makanan
Jurutera Kakisan (Kimia)
Jurutera Kawalan Proses Kimia
Jurutera Loji Bahan Penyala
Tugasan
memastikan aspek yang berkaitan bagi pembinaan loji pembuatan kimia
menjalankan penyelidikan, memberi khidmat nasihat, membangunkan dan mereka bentuk proses kimia berskala komersil dan kelengkapan untuk menapis minyak mentah dan cecair atau gas lain
menghasilkan bahan dan barangan seperti terbitan petroleum, bahan letupan, produk makanan dan minuman, ubat-ubatan, atau bahan sintetik
menetapkan standard kawalan dan prosedur untuk memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar, dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan
menetapkan kaedah pengeluaran, standard bahan dan kualiti, serta memastikan ia mematuhi spesifikasi
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menyediakan laporan analisis
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0711
    Kejuruteraan Kimia dan Proses
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Automasi
kemahiran menggunakan teknologi, program, robotik atau proses untuk mencapai hasil dengan input manusia yang minimum
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Mekanikal & Elektrikal
kemahiran dalam pembuatan dan pembaikan pelbagai produk elektrik dan elektronik.
SCADA
kemahiran menggunakan sistem yang bertujuan untuk memantau dan mengawal peranti medan di tapak terpencil anda.
Center Image