Carian Terkini
Kod MASCO
2141
Perbandingan
Jurutera Industri Dan Pengeluaran
TVET
Jurutera Industri dan Pengeluaran merancang, menjalankan penyelidikan, mereka bentuk, dan menyelia pembinaan, pengoperasian dan proses penyelenggaraan serta pemasangan loji. Mereka membuat program untuk menyelaraskan aktiviti perkilangan dan menilai keberkesanan kos dan keselamatan.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 3,645
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
membangunkan automasi kilang yang canggih, mekanisma projek dan menyarankan strategi automasi jangka panjang
memberi cadangan berhubung kaedah kerja dan urutan operasi
memberi khidmat nasihat tentang kaedah meningkatkan penggunaan personel, serta bahan dan kelengkapan yang cekap, selamat dan menjimatkan
merujuk personel pengurusan dan penyeliaan dan memberi khidmat nasihat tentang perancangan dan kaedah pengeluaran
membangunkan standard dan dasar-dasar bagi pemasangan, pengubahsuaian, kawalan kualiti, pengujian, pemeriksaan dan penyelenggaraan mengikut prinsip kejuruteraan dan peraturan- peraturan keselamatan
mengenal pasti bahaya yang mungkin timbul dan memperkenalkan prosedur dan peranti keselamatan
memberi cadangan dan menyelia dari aspek masa dan pengaturan dalam organisasi kerja
memberi khidmat nasihat tentang susun atur yang paling cekap untuk kilang atau pertubuhan
menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
mereka bentuk komponen instrumen optik seperti kanta, mikroskop, teleskop, laser, cakera optik sistem dan peralatan lain yang menggunakan sifat cahaya
menjalankan tugas yang berkaitan
bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja-kerja pengukuran sesuatu binaan bangunan dan kerja-kerja pengukuran sebelum dibangunkan binaan tersebut
mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bagi proses pembuatan
menyediakan dan memantau anggaran kos dan jadual bahan bagi projek seni bina dan pembinaan