Carian Terkini
Kod MASCO
2134-36
Perbandingan
Pakar Embriologi
Pakar Embriologi terlibat dengan kajian pembangunan sel embrio manusia dan haiwan. Mereka bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan, memberikan pandangan, dan membuat penemuan untuk menangani masalah kesuburan dan pembiakan.
Nama Alternatif
Tugasan
mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan komposisi kimia dan proses organisma hidup
mengkaji dan menjalankan uji kaji mengenai bentuk, struktur dan ciri anatomi lain terhadap organisma hidup
menyediakan laporan dan kertas kerja saintifik
mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan kesan ubatan dan bahan lain ke atas tisu, organ dan proses fisiologi manusia dan haiwan, dan menambah baik ubatan sedia ada atau mencipta ubatan baru
membangunkan aplikasi perindustrian, perubatan dan pengetahuan lain dalam bidang berkaitan
mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan sifat, sebab, dan perkembangan penyakit dan gangguan ke atas manusia, haiwan, atau tumbuhan
mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan struktur, pembangunan dan ciri mikroorganisma seperti bakteria atau virus
meningkatkan kefahaman, menyelaras dan melatih juruteknik makmal
mengkaji dan menjalankan uji kaji berhubung dengan proses kehidupan dan fungsi manusia, haiwan atau organ, tisu, sel, kelenjar, dan sistem bagi manusia, haiwan dan tumbuhan dalam keadaan normal dan abnormal atau di luar kelaziman
  • C
    Pembuatan
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0511
    Biologi
  • 0512
    Biokimia
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Center Image