Carian Terkini
Kod MASCO
1112-18
Perbandingan
Ketua Perangkawan
STEM
Ketua Perangkawan merancang, menyusun, mengarah, mengawal dan menilai aktiviti berkaitan pemungutan, pentafsiran serta penyebaran data perangkaan yang berintegriti dan dipercayai untuk tujuan perancangan dan penggubalan dasar negara.
Nama Alternatif
Tugasan
Menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu kepada semua pihak berkepentingan.
menasihati kerajaan persekutuan, negeri, wilayah, atau tempatan berkaitan statistik bagi penggubalan dasar kerajaan.
Mengumpul dan mentafsir perangkan bagi tujuan membentuk atau melaksana dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan.
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0540
    Matematik dan Statistik yang Tidak Ditentukan Lebih Lanjut
  • 0542
    Statistik
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Sumber Kewangan
kemahiran dalam menentukan perbelanjaan wang bagi menyelesaikan kerja, dan memperhitungkan perbelanjaan tersebut.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Undang-Undang
kemahiran dalam merujuk kepada kenyataan oleh mahkamah, pegawai kehakiman atau pakar undang-undang tentang kesahihan sesuatu tindakan, syarat atau niat.
Penggubalan Kontrak
kemahiran dalam penggubalan, atau penulisan bahasa yang digunakan dalam kontrak.
Pengurusan krisis
kemahiran menangani kejadian yang mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk merosakkan organisasi, pihak berkepentingannya atau masyarakat umum.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Penulisan Undang-Undang
kemahiran menganalisis corak fakta dan penyampaian hujah dalam memo dan taklimat undang-undang.
Tadbir Urus Data
kemahiran mengurus ketersediaan, kegunaan, integriti dan keamanan data dalam sistem berdasarkan piawaian.
Center Image