Carian Terkini
Kod MASCO
5153
Bandingkan
Penjaga Bangunan
TVET
Penjaga Bangunan menjaga pangsapuri, rumah, hotel, asrama, pejabat dan bangunan lain, dan memastikan semuanya dalam keadaan bersih dan teratur. Mereka boleh menyelia pekerja dan kontraktor lain bergantung pada saiz dan jenis bangunan yang dijaga.
Dasar Gaji Progresif
Gaji Pokok Permulaan
RM 2,310
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
terlibat dalam kerja mencuci, membaiki kerosakan yang mudah, dan menyelenggara bahagian dalaman bangunan
menyelia kerja kakitangan dan kontraktor pencucian, pengemasan, dan penyelenggaraan bangunan
menjalankan tugas yang berkaitan
melengkapkan borang pendaftaran dan memberi salinan peraturan kepada penghuni
meronda bangunan untuk memastikan keselamatan terpelihara
menyelia pekerja lain.
mengawasi kelakuan penghuni dan pelawat seperti tidak membuat bising atau merosakkan harta benda
memaklumkan kepada pihak pengurusan dan pemilik bangunan keperluan pembaikan bangunan
memberi perkhidmatan mudah kepada penghuni yang tiada di kediaman seperti menerima penghantaran bagi pihak mereka atau memberi penerangan kepada pemanggil telefon
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan