Carian Terkini
Kod MASCO
4121-07
Bandingkan
Setiausaha
Setiausaha menjalankan pelbagai tugas pentadbiran untuk membantu memastikan organisasi berjalan lancar. Mereka menjawab panggilan telefon, mendraf dan menghantar e-mel, menyelenggara diari, mengatur janji temu, mengambil mesej, memfailkan dokumen, mengatur dan melayan mesyuarat, dan mengurus pangkalan data.
Nama Alternatif
Pembantu Pentadbiran (Kesetiausahaan)
Pembantu Tadbir Kesetiausahaan
Setiausaha Trengkas
Setiausaha Jualan
Setiausaha Sekolah
Setiausaha Sulit
Pembantu Setiausaha Pejabat
Tugasan
menyemak, memformat dan menyalin surat-menyurat, minit dan laporan daripada catatan ringkas atau draf bertulis mengikut standard pejabat dengan menggunakan mesin taip atau kelengkapan pemprosesan kata
meneliti, merekod dan mengedarkan mel, surat-menyurat dan dokumen
mengendalikan surat keluar atau masuk
menggunakan pelbagai pakej perisian komputer termasuk lembaran sebaran sebagai sokongan
menyemak dan merekodkan cuti dan kelayakan kakitangan yang lain
mengatur dan menyelia sistem fail
menyemak permintaan untuk mesyuarat atau janji temu, dan membantu mengelolakan mesyuarat
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan