Carian Terkini
Kod MASCO
3312-10
Bandingkan
Pegawai Risiko Kredit
Pegawai Risiko Kredit bertanggungjawab untuk semakan kredit, kelulusan kredit dan pemantauan portfolio untuk mengenal pasti migrasi kredit semasa penyelarasan bersama pasukan Pengurusan Risiko.
Nama Alternatif
Pegawai Kredit
Juruanalisis Kredit
Tugasan
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menyiapkan dokumen kredit dan pinjaman
menyimpan rekod pembayaran, dan menyediakan surat bagi meminta bayaran untuk akaun yang tertunggak dan memanjangkannya untuk tindakan undang-undang
mengemukakan permohonan kredit dan pinjaman kepada pihak pengurusan dengan menyarankannya untuk diluluskan atau ditolak
menemu duga pemohon untuk pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman pelajar, dan pinjaman perniagaan
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0311
    Ekonomi
  • 0411
    Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0413
    Perbankan Dan Kewangan Islam
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis Kredit
kemahiran menentukan keupayaan syarikat atau orang untuk membayar balik obligasi hutang mereka.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan