- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
32
Profesional Bersekutu Kesihatan
Kumpulan Kecil
325
Profesional Bersekutu Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
3251
Pembantu Pergigian Dan Ahli Terapi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3251-05
Bandingkan
Penolong Pergigian
STEM
Penolong Pergigian menjalankan tugas khidmat nasihat, diagnostik, pencegahan dan rawatan pergigian, yang lebih terhad skop dan kerumitannya daripada yang dijalankan oleh doktor pergigian, dan mereka membantu doktor pergigian menyediakan serta menjaga peralatan dan kelengkapan pergigian, menyediakan bahan, dan membantu pesakit agar bersedia untuk diperiksa atau dirawat.

Nama Alternatif
Jururawat Pergigian
Jururawat Sekolah Pergigian
Tugasan
menjalankan pemeriksaan pergigian untuk membuat diagnosis dan merujuk kes yang lebih rumit kepada doktor pergigian apabila perlu
memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya
melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah dan pameran kempen kesihatan
memberi nasihat kepada masyarakat dan individu berkenaan kebersihan pergigian, diet dan langkah pencegahan pergigian yang lain
-
QAktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
-
0911Pengajian Pergigian
-
0912Perubatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kawalan Jangkitan
kemahiran mencegah atau menghentikan penyebaran jangkitan dalam persekitaran penjagaan kesihatan.
Penjagaan Pergigian
kemahiran dalam menjaga kesihatan gigi

Kursus Yang Berkaitan