Carian Terkini
Kod MASCO
3211-02
Bandingkan
Juru x-Ray
Juru x-Ray menguji dan mengendalikan alat radiografi, ultrabunyi dan lain-lain peralatan perubatan pengimejan untuk menghasilkan imej badan untuk tujuan diagnostik dan rawatan kecederaan, penyakit dan kecacatan lain. Mereka boleh menjalankan rawatan radiasi kepada pesakit di bawah pengawasan pakar radiologi atau profesional kesihatan lain.
Nama Alternatif
Tugasan
Mengendalikan peralatan radiografi termasuk mengambil gambar X-Ray
menggunakan alat-alat perlindungan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semasa pemeriksaan, imbasan, atau rawatan
menjalankan prosedur radiologi menggunakan peralatan umum X-Ray dan juga mesin pengimbas MRI dan CT sama ada yang dijalankan di wad, teater pembedahan atau bahagian kemalangan yang menggunakan alat X-Ray bergerak
menjelaskan prosedur, memerhati dan memposisikan pesakit
mengesan dan memeta radiofarmaseutikal atau radiasi dalam badan pesakit
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • 0912
    Perubatan
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Operasi Mesin
kemahiran mengendalikan mesin dengan selamat.
Pengimejan Perubatan
kemahiran mendapatkan imej bahagian badan untuk kegunaan perubatan bagi mengenal pasti atau mengkaji penyakit.
Penilaian Pesakit
kemahiran dalam menilai pesakit bagi tujuan membentuk diagnosis dan pelan rawatan.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan