Carian Terkini
Kod MASCO
2916-08
Bandingkan
Pegawai Penguatkuasa Maritim Gred T13
STEM
Pegawai Penguatkuasa Maritim Gred T13 menjalankan tugas-tugas peringkat pengurusan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di sarnping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelarmat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran dadah narkotik.
Nama Alternatif
Tugasan
Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim, pengawasan udara dan pantai, pengawalan dan pencegahan pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pelanunan serta pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik
Menyediakan dasar pandu arah dan melaksana dasar keselamatan Zon Maritim Malaysia
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
Memastikan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada agensi-agensi yang berkaitan disediakan dengan cekap dan berkesan
Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah undangundang persekutuan di Zon Maritim Malaysia
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0421
    Undang-Undang
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  • 1031
    Ketenteraan dan Pertahanan
  • 1032
    Perlindungan Orang dan Harta Benda
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Kemahiran Memproses Peraturan
kemahiran menyediakan laporan atau penyata, permohonan permit, pendengaran awam, dan pengeluaran permit.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan