Carian Terkini
Kod MASCO
2912-01
Bandingkan
Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41
Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 menjalankan operasi Pematuhan Cukai, Audit Meja, Audit Pengurusan Audit Komputer, Audit Kewangan dan Lawatan Audit Luar.
Nama Alternatif
Tugasan
memberi nasihat tentang hal percukaian kepada syarikat, perkongsian, organisasi dan individu
menasihati organisasi, perusahaan dan orang ramai mengenai undang-undang kerajaan, undang- undang dan peraturan-peraturan berkenaan penentuan dan pembayaran cukai, duti dan pengenaan bayaran kerajaan yang lain
memeriksa penyata cukai, bil jualan dan lain-lain dokumen yang berkaitan untuk menentukan jenis dan jumlah cukai, dan pekerjaan serta lain-lain jenis yuran yang perlu dibayar
menyiasat penyata fail cukai dan rekod-rekod perakaunan, sistem dan kawalan dalaman organisasi untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan cukai
Memberi khidmat kepada pembayar cukai menaksir pendapatan yang kena cukai
Bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemungutan cukai
Menjalankan tugas-tugas pendakwaan di mahkamah bagi kes-kes jenayah yang disabitkan dan dibicarakan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • FB-080-5
    Eksekutif Percukaian
  • 0411
    Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian
  • 0421
    Undang-Undang
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Audit Cukai
memeriksa pulangan cukai dan mengesahkan pendapatan dan potongan pembayar cukai adalah tepat.
Kemahiran Penentuan Kos
Berpengetahuan dalam konsep pengurusan kos dan terminologi.
Pengurusan Kredit
kemahiran dalam pemberian kredit, syarat-syarat yang diberikan dan mendapatkan kembali kredit ini apabila tempoh telah matang.
Penyediaan Cukai
kemahiran memproses penyediaan penyata cukai
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan