Carian Terkini
Kod MASCO
2843-03
Bandingkan
Pereka Tarian
Pereka tarian mencipta langkah pergerakan di mana gerakan, bentuk atau kedua-duanya adalah sangat teliti. Pereka tarian juga mengambil peranan untuk menyelaras, mengajar dan membuat latihan penghibur dalam penghasilan koreografi. Mereka juga boleh bertindak sebagai jurulatih pergerakan untuk pelakon.
Nama Alternatif
Tugasan
Memahami spesifikasi serta had projek, dan bekerjasama dengan Pengarah, serta jabatan pencahayaan, muzik dan pakaian untuk memastikan rutin tarian disiapkan dengan standard yang tinggi
Menyokong, membimbing, dan menerangkan semua langkah dan formasi kepada penari
Mencipta langkah tarian yang sesuai dengan mood, muzik, tema dan yang sesuai dengan penonton
Memastikan studio atau tempat tersedia untuk latihan dan penari telah dimaklumkan tepat pada masanya
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
  • R
    Kesenian, Hiburan Dan Rekreasi
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • AC-032-5:2014
    Pengurusan Tarian Tradisional
  • 0215
    Muzik dan Seni Persembahan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Mengajar
kemahiran mengajar orang lain bagaimana melakukan sesuatu. 
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan