Carian Terkini
Kod MASCO
2831-25
Bandingkan
Penulis
GIG
Penulis membangunkan kandungan untuk buku. Mereka menulis novel, puisi, cerpen, komik dan lain-lain bentuk sastera. Bentuk penulisan ini boleh berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen.
Nama Alternatif
Penulis Publisiti
Pengarang Drama
Pengarang Cerita Lucu
Penulis Skrip
Penulis Media Interaktif
Pengkritik
Penulis Lirik
Pengarang
Penulis Biografi
Penulis Novel
Pengarang Esei
Penggubah Puisi
Penulis, Komedi
Penyajak
Penulis Gaya Hidup
Penulis Fiksyen
Penulis Lagu
Penulis Teknikal Sistem
Penulis Ucapan
Sasterawan
Tugasan
menulis skrip dan kesinambungan serta menyediakan program bagi penerbitan pementasan, filem, radio dan televisyen
menilai dan menulis karya sastera, muzik, seni persembahan dan karya seni lain
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
menulis salinan pengiklanan mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu
menulis karya sastera untuk penerbitan atau persembahan drama
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0232
    Kesusasteraan dan Linguistik
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Kemahiran Menyunting
kemahiran memilih dan menyunting media bertulis, visual, audio bunyian dan filem yang digunakan untuk menyampaikan maklumat.
Pengurusan Pengetahuan
kemahiran dalam pengumpulan kaedah yang berkaitan bagi mencipta, berkongsi, menggunakan dan menguruskan pengetahuan dan maklumat dalam sesebuah organisasi.
Penulisan Salinan
kemahiran perbuatan menulis teks untuk tujuan pengiklanan atau lain-lain bentuk pemasaran
Semakan Terjemahan
kemahiran membaca dokumen atau penerbitan untuk mengesan dan membetulkan kesilapan ejaan teks atau seni.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan