Carian Terkini
Kod MASCO
2711-02
Bandingkan
Eksekutif Operasi Hotel
Eksekutif Operasi Hotel menjalankan penyelidikan, merancang, membangunkan dan menambah baik pengurusan operasi hotel, motel dan pertubuhan yang seumpamanya untuk menyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan lain termasuk pejabat depan (meja sambut tamu, concierge, dan tempahan, operasi makanan dan minuman, dan pengemasan).
Nama Alternatif
Exsekutif Concierge Hotel
Eksekutif Perkhidmatan Tetamu, Makanan dan Minuman
Eksekutif Pengurusan Hotel
Eksekutif Acara Hotel
Tugasan
mengatur penginapan, katering, dan perkhidmatan hotel yang lain
mempromosi dan memasarkan perniagaan
merancang dan menambah baik operasi pengurusan hotel, restoran dan pertubuhan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
melaksanakan rancangan peruntukan bajet, kewangan dan mengawal perbelanjaan
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 1013
    Hotel, Restoran dan Katering
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Kemahiran Pengemasan
kemahiran dalam kebersihan, penyelenggaraan, pemeliharaan estetik bilik, kawasan awam, kawasan belakang dan persekitaran.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan Pesanan
kemahiran dalam mentadbir proses perniagaan yang berkaitan dengan pesanan untuk barangan atau perkhidmatan.
Center Image
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan